Ya Sami' yang maha mendengar...
Sekali lagi tangisan hamba Engkau dengari dengan sabar
Ya Basir yang maha melihat...
Sekali lagi titisan air mata ini Engkau tatapi
Ya Ba'ith yang maha membangkitkan...
Perasaan ini lagi Engkau anyamkan
Agar hamba tersungkur di sisi-Mu
Agar tak leka dari mengingati-Mu
Apa ada padaku Tuhan...
Apa nilaianku di mizan-Mu Tuhan...
Apa hargaku pada pandangan-Mu Tuhan...
Cuba perdengarkan pada hamba...
Wahai Tuhan yang hamba merayu
Ya Samad tempat hamba meminta...
Penghinaan dunia yang Engkau lontarkan
Membuatkan dada ini tersembam ke tanah bumi
Tempat asalnya jasad ini tercipta dahulu
Adakah ini sebagai pintu
Untukku kembali kepada fitrah
Atau
Adakah ini kedudukanku
Sehina-hina darjat
Ya Muntaqim yang maha menyeksakan...
Terseksanya roh ini
Kosongnya jiwa ini
Hamba tak pernah menduga
Sepedih ini rasanya
Sebagai bayaran
Buat setiap nikmat yang hamba hutangkan
Ya Khafidh yang maha menghinakan...
Hinakan hamba andai itu taqdir-Mu
Hinakan hamba
Andai itu dapat meringankan mizan kiri hamba
Hamba akur...
Apa yang hamba pohon dari-Mu
Kuatkanlah hamba
Agar keimanan yang masih berakar di hati
Tak tercabut dengan badai ujian yang Engkau lalukan
Teguhkan hamba, wahai Tuhan
Ampuni hamba
Andai rayuan ini suatu kederhakaan dari hamba
Tiada kata seindah kalam-Mu
Untuk hamba nukilkan di sini
Kerana diri ini
Bukan bidadari syurga yang layak memiliki wildan
Sebaliknya hanyalah setitik dari seinfiniti ciptaan-Mu
Allahumma ameen
hasil nukilan: nawwarah89

January 5, 2023 at 6:41 PM
微信聊天互动游戏 , 聊天互动游戏 , 聊天互动话题 , 视频美女聊天 , 美女聊天室哪个好 , 美女裸体免费聊天网站 , 不夜城美女聊天室 , 美女聊天qq , 网上聊天技巧大全 , 美女视频直播
Post a Comment