Assalamu'alaikum wbt! Pernah tak dengar program REBRANDING DAKWAH WORKSHOP? Program ni dianjurkan di IIUM Kuantan campus pada 3 Januari 2010 yang lepas. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan even first year medical students tengah menghadapi end-block-exam syndrome. At least by joining this programme dapat sedikit sebanyak brainwash and perbetulkan nawaitu masing-masing untuk study. Betul tak, kawan-kawan? Perhaps this post may benefit others as well. Walau diri tak sempurna, tetapi tak mahu menjadi lebih tak sempurna dengan menyekat ilmu ini tersebar pada orang lain.Lets me introduce the respective speakers first. Here, we got two sessions, the Saturday session was conducted by Mr Amin Idris and the Sunday session was conducted by Mr Shah Kirit bin Kakulal Govindji. Boleh click link berkenaan untuk tahu lebih lanjut.
The Saturday session was more emphasized on how to attract people in establishing Amar Ma'ruf Nahi Munkar with different means and methods. The Sunday session was more on what make the effort of dakwah meet the blunt end.
Approach Mr Amin pada mulanya ditimbulkan dengan persoalan begini, air Pepsi dahulu dan sekarang, bagaimana pasarannya? Sentiasa meningkat bukan? Adakan cara pembungkusan dahulu dan sekarang sama? Lain bukan? Tetapi asas ramuannya adakah berlainan? Tetap sama! Macam itulah juga dalam ingin melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Munkar. Kalau 20 tahun dahulu pendekatan secara ceramah dilaksanakan, takkanlah sampai sekarang tiada perubahan atau anjakan paradigma yang boleh dilakukan sedangkan gerakan-gerakan lain jauh lebih tinggi momentumnya, tak kurang juga dengan gejala yang dah membarah parah dalam hidup sekarang, tak kira tua atau muda. Dakwah perlu kepada kreativiti. Jalan dan pendekatan yang berbeza namun isinya sama! Sambungannya dalam post akan datang insyaAllah. Ini baru appetizer!
Approach Mr Shah Kirit pula dimulakan dengan anologi gelas yang kotor. Andai gelas yang kotor dituang dengan air mineral yang sejuk, bersih, suci lagi jernih, adakah air itu tetap akan dilanggah? Air itu akan juga menjadi kotor bukan? Begitu juga dalam medan dakwah. Andai persepsi sesetengah pihak terutamanya non-Muslim terhadap Islam sudah dicemari dengan elemen yang negatif, tak menjadi logik dek akal untuk kita hendak berdakwah kepada mereka untuk berbuat baik sedangkan dalaman mereka sudah punya anasir menentang, membenci atau memandang serong kepada Islam. Kan lebih molek dan lebih waras andai 'gelas yang kotor' tadi dibersihkan terlebih dahulu. Maksudnya di sini, jelaskan dahulu kekeliruan persepsi tersebut, barulah dititipkan dengan mutiara-mutiara Islami as the way of life. Walaupun bukan kita yang punya kuasa memberi hidayah mengetuk pintu aqidah mereka, at least kita dapat mengurangkan bilangan penentang-penentang terbuka Islam. Bukankah itu molek? Bak kata beliau lagi, "ISLAM IS COOL!"
Kemudian, ada juga disalingkan dengan tips berpewatakan dalam menjadi da'i, ditambah pula dengan isu penggunaan kalimah Allah dan persoalan-persoalan beserta jawapan bagi kemusykilan non-Muslim terhadap ajaran Islam.
To be continued...
the Landlord


Post a Comment