when the wisdom whispers
IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS &THE MOST MERCIFUL

ABU HANIFAH AN-NU'MAN : PART 2

highlight
MERCUSUAR ILMU PENGETAHUAN DAN FAQIH TERNAMA


KECERDASAN AKAL ABU HANIFAH

Beliau yakin bahawa Allah telah menganugerahkan kemampuan yang istimewa buatnya serta wawasan keilmuan yang berbeza dengan orang lain. Berikut merupakan antara peristiwa yang bisa membuktikan keistimewaan beliau dari segi kepintaran yang luar biasa, dari Muhammad bin Muqatil:

Seorang lelaki yang tidak dikenali datang menemui Abu Hanifah untuk menguji kekuatan pemahaman dan kecerdasan beliau, seraya berujar, "Apa pendapatmu tentang seorang lelai yang tidak mengharapkan syurga, tidak takut neraka, tidak takut Allah, memakan bangkai, solat tanpa rukuk dan sujud, dia menjadi saksi atas apa yang tidak dilihatnya, membenci kebenaran, senang terhadap fitnah, lari dari rahmah, serta mempercayai Yahudi dan Nasrani?"
Abu Hanifah bertanya, "Hai fulan, engkau bertanya tentang masalah ini, apakah engkau tahu jawapannya?"
"Aku tidak tahu."
Abu Hanifah bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Apa pendapatmu tentang lelaki ini?"
"Dia adalah sejelek-jelek manusia, sifat-sifat yang disebutkannya telah cukup untuk mensifatkannya sedemikian."
Abu Hanifah tersenyum dengan jawapan itu lalu berkata, "Orang itu benar-benar termasuk Waliyyullah, insyaAllah."
Lalu beliau berkata lagi, "Jika saya memberitahumu bahawa engkau adalah Waliyyullah, apakah engkau mahu untuk mencegah lisanmu dari perkataan yang jelek?"
Lelaki itu berkata, "Baik, aku akan menahan lidahku untuk tidak menyakiti orang lain."
Abu Hanifah lalu berkata, "Adapun perkataanmu 'bahawa dia tidak mengharapkan syurga dan tidak takut kepada neraka' itu kerana dia mengharapkan pemilik syurga dan takut kepada pemilik neraka."
"Adapun perkataanmu 'bahawa ia tidak takut kepada Allah dan berbuat tidak adil kepada-Nya', sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT, Sesungguhnya Tuhannya tidak akan berbuat zalim sedikitpun kepada hamba-Nya. [Fushshilat:46]"
"Adapun perkataanmu 'bahawa dia makan bangkai' itu kerana dia makan ikan."
"Adapun perkataanmu 'bahawa dia solat tanpa rukuk dan sujud' itu ertinya dia mengucapkan selawat kepada Nabi SAW atau bersolat jenazah."
"Perkataanmu 'bahawa dia bersaksi terhadap apa yang dia tidak lihat' itu ertinya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu hamba dan rasul-Nya."
"Adapun perkataanmu 'bahawa dia membenci kebenaan' itu ertinya dia membenci kematian, kematian itu merupakan kebenaran. 'Dia juga mencintai keabadian' sehingga dia bisa mentaati Allah SWT sebagaimana dalam firman-Nya, 'Telah datang sakaratul maut dengan kebenaran [Qaf:19]'"
"Adapun perkataanmu 'bahawa dia menyukai fitnah' itu ertinya dia mencintai harta dan anak, sebagaimana yang difirmankan, 'Sesungguhnya harta dan anak-anak kamu merupakan fitnah [at-Taghabun:15]'"
"Adapun perkataanmu 'bahawa dia lari dari rahmat' maksudnya adalah lari dari hujan (yang merupakan gerimis dan rahmat). Perkataanmu 'bahawa dia mempercayai Yahudi dan Nasrani' bermaksud sebagaimana dalam firman-Nya, 'Orang-orang Yahudi berkata bahawa orang-orang Nasrani itu tiada erti apa-apa, orang-orang Nasrani pun berkata bahawa orang-orang Yahudi itu tiada erti apa-apa [al-Baqarah:13]'"
Lelaki itu berdiri, lalu mencum kening Abu Hanifah seraya berkata, "Aku bersaksi bahawa apa yang engkau ucapkan itu adalah benar."


Bersambung...


Reference : Biografi 10 Imam Besar (Syaikh M. Hasan Al-Jamal)


the Landlord

0 comments:

Post a Comment

WHERE MY LIFE BEGINS...

WHERE MY LIFE BEGINS...

MY GARDEN OF KNOWLEDGE

MY GARDEN OF KNOWLEDGE
KULLIYYAH OF MEDICINE, MBBS, IIUM KUANTAN CAMPUS [07/07/2009]

AL-HUBB

My love is just for those who love me

THE UPHELD RESPONSIBILITIES ARE MORE THEN THE TIME ENDOWED - HASSAN AL-BANNA


I made this widget at MyFlashFetish.com.


THE VISITORS

THE WINGS OF THE LANDLORD

THE WINGS OF THE LANDLORD
my love grows here

CLIENT

WHAT WE SAY

MAK COMFORTS ME WITH HER WORDS

Don't be sad. Every obstacle brings maturity in yourself.

Love you and miss you very much. Take care.

It's up to you. Be confident in making your decision. You are going to be a doctor one day.

Have a strong spirit. Learn to take things as it is. Don't be too sensitive.

ABAH SAYS

Be thankful to Allah for all the endowed bounties. If it is less, just accept it as a gift and use it wisely. If it is too much, use it for the benefit of His religion.

I have a confidence that you will become a doctor.

I pray for your success here and hereafter. Mak and abah believe that you can make it.

Thanks my beloved daughter. Am I right? Love you and take care.

Motivate yourself!

DR WAN'S ADVICE

Preserve Allah and Allah will preserve you, Naurah

THE INSPIRATION OF THE LANDLORD

We are never alone as long as Allah's name is curved in our soul

THE LANDLORD

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics